Fairy Tales- Online


Pada suatu hari ketika perjalanan pulang dari sekolah..
saya berlari-lari keriangan untuk pulang ke rumah


Sambil itu.. saya menghiburkan diri dengan mendendangkan
lagu Berlari Ke Awan dari band yang sedang meningkat naik - The Tick


Tiba-tiba langkah saya terhenti.. saya tergamam..
dihadapan saya, kelihatan sekumpulan serigala liar
sedang berkeliaran.. Serigala2 itu kelihatan amat kelaparan

Belum sempat lagi kejutan yang saya alami reda.. tiba2
salah seekor dari
kumpulan serigala tersebut berlari laju
ke arah saya.. saya mengatur langkah
seribu..
saya merasa amat ketakutan.. saya menjerit
meminta pertolongan



Nasib saya agak baik pada ketika itu.. kebetulan terdapat seorang
brader yang sedang bersantai di tempat kejadian.. dengan segera
brader tersebut memberikan pertolongan..


Setelah berlaku pertempuran yang agat sengit... dengan bermacam2
jurus yang dikeluarkan.. akhirnya serigala itu berjaya dikalahkan..


Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada brader yang telah
menyelamatkan saya.. Saya bersyukur saya terselamat dari tragedi itu





Cerita dongeng @ cerita kanak-kanak.. Hm.. tentu sahaja rakan-rakan sekalian tertanya-tanya kenapa Penglipur Malam membawakan cerita serba keanak-anakan ini ke dalam blog ini.. Ya.. terlalu keanak-anakan.. Tapi tentu sekali dikala dahulu rakan2 sekalian juga mempunyai cerita dongeng @ cerita kanak-kanak yang diminatikan??... Ya cerita ini agak keanak-anakan.. tetapi cerita yang agak mudah dah tampak murah ini tidak dapat dinafikan penuh sarat dengan nilai2 murni..

Masihkah rakan2 sekalian ingat lagi.. dikala kecil-kecil dahulu.. Setiap kali sebelum tidur.. ibu atau bapa akan membacakan cerita-cerita ringan seperti ini untuk kalian.. Cerita yang ringkas.. tetapi sentiasa menarik minat kita untuk mendengarnya.. Walaupun ringkas tetapi padat dengan mesej.. Lihat sahaja cerita keanak-anakan diatas.. berapa bilangan mesej dan nilai2 murni yang rakan2 sekalian boleh senaraikan??.. Banyakkan ^^..

Sebenarnya tujuan Penglipur Malam memuatkan post ini adalah untuk kita sama2 mengenang kembali nilai2 murni yang pernah dan telah di didik oleh ibu bapa kita.. Semakin kita meningkat dewasa tanpa kita sedar terdapat nilai2 murni yng telah di didik sejak kecil oleh ibu bapa kita telah kita lupakan... Mungkin kita merasakan diri kita sudah cukup dewasa.. ataupun.. mungkin keadaan yang menyebabkan kita lupa.. Mungkin benar kata2 Che Det @ Dr M "Melayu Mudah Lupa"... Marilah kita sama-sama berfikir kembali... Muhasabah diri^^


0 comments:


Make your own Countdown Clocks


Make your own Countdown Clocks