Gilo buek questionaire 15 minit

"Gilo buek questionaire 15 minit" Ungkap Payied dengan lantang... seraya itu aku tidak dapat menahan perasaan ku.. aku tertawa kecil.. "hehehehe"… Dr.Jamal yang masih sedang memberikan amanat yang terakhir dihadapan bilik kuliah dengan tidak sengaja ku abaikan seketika.. Diriku tidak mampu utk menahan tsunami tawa ku apabile payied melafazkan kalimah tersebut… mungkin kebiasaanya aku mampu.. tapi tidak pada pagi ini.. pagi ini aku tertewas..


Entah mengapa.. pada pagi ini… aku merasakan kata2nya itu cukup lucu… Payied melafazkan kata2 itu dengan lontaran suara yg bersahaja… Usup diam terkedu apabila payied melafazkan kata2 itu kepadanya.. sementara itu.. Bedul , Rashid dan Epul terpinga2 apabila terdengar suara ku tertawa kecil… Mereka pelik.. apa yang aku tertawakan… Lantas.. dengan berhati-hati (risau perbualan kami berempat di bahagian belakang dewan kuliah diperhatikan oleh Dr jamal) aku menjelaskan kepada mereka… Mereka berkata2 serentak "La, itu pun ko nak gelak… x kelakar pun"..


Aku hanya tersenyum…. Ya… mungkin benar apa yang diperkatakan oleh mereka.. setelah daku berfikir sejenak.. kata2 itu tiada kelakarnya.. "Gilo buek questionaire 15 minit".. tiada apa yang kelakar dengan kata2 itu… tapi cara penyampaian Payied dan lenggok bahasanya yang membuatkan ianya kelakar pada saat dan ketika itu.. Mungkin begitulah jugalah halnya dengan Kertas Kerja (Exsigment) yang dihantar oleh kita semua yang mana telah diulas oleh Dr.Jamal pada pagi ini.. Mungkin ada dikalangan kita yg memperolehi maklumat dan isi dari laman web atau sumber yang sama.. tetapi seharusnya walaupun dengan isi dan sumber yang sama cara penyampaian dan lenggok ayatnya seharusnya berbeza.. Anda setujukan ^-^?

0 comments:


Make your own Countdown Clocks


Make your own Countdown Clocks