Penghujung…

Pada saat ini... hanya tinggal sebulan sahaja lagi diriku di bumi bangi ini.. insyallah (kalau masalah yang masih melanda proses penghasilan tesis aku dapat diselesaikan.. harap2 dipermudahkan).. selepas ini.. entah kemana daku membawa diri.. masih tidak dapat daku pastikan lagi.. Entah ke timur ka.. ke barat ka… atau ke selatan tanah air… Tapi kalau dilihat dari faktor peluang ekonomi… Penang dan Shah Alam menjadi pilihanku… tetapi itu semuanya rezeki kurniaan allah.. daku sebagai hambanya hanya boleh berusaha dan bermohon…


Material Science.. di sinalah titik mulanya... Pelbagai corak dan catan terukir selama 3 tahun diriku menimba ilmu.. Pelbagai2 kenangan tercipta.. ada yang menarik.. ada yang kurang.. Tak kurang juga dengan persahabatan.. Pelbagai jenis perangai yang aku jumpa.. mcm2 jenis kwn yg aku dpt.. ada yg kaki study.. ada yg jenis ikut2 je.. ada yg memang jenis malas nak strudy… diriku?... mungkin daku boleh diklasifikasikan sebagai golongan pertengahan..


Culture Shock.. mungkin itu sahaja penjelasan yang paling sesuai daku boleh fikirkan.. berbuih juga mulut aku nak jawab dgn abah masa tue.. hehe.. teruk2… aku ingat lagi waktu itu.. semasa diawal bulan semester kedua (first year)... kami beramai2 buat rombongan percuma jumpa Prof Sahrim (ketua program Sains Bahan pada masa tue.. la nie beliau dah jadi Timbalan Dekan dah).. Tekejut juga beliau masa tue tgk budak2 nie berpusu-pusu ke bilik dia… habis semua kena bancuh waktu tue.. Malu pun ada.. senior2 ckp waktu first sem la senang nak skor… ini tidak.. semua hancur… bawah 3 pointer semuanya.. wakaka… kelakar tul kalau ingat masa tue… Tapi Alhamdulillah… Budak2 Sains Bahan memeng belajar daripada kesilapan.. Mungkin pada masu tue kami semua masih xda kesedaran... Waktu tue subjek Pegurusan Kualiti pun xambil lagi jadi mungkin kami xkenal lagi istilah "Do It Rite At The First Time".. haha... Tapi lepas peristiwa bersejarah tue banyak sgt peningkatan dapat diperhatikan pada budak2 Sains Bahan.. buktinya statistik dan graf yang dikeluarkan pada thn 2007 utk Peperiksaan Akhir Semester 2- Sesi 2006/2007 menunjukkan kenaikan yang mendadak terhadap pungutan pointer bagi para pelajar Sains Bahan (Bedul et al, 2008).. Leh ngan Payied pun byk dah berubah.. Rashid hampir2 dpt dekan setelah memperbaiki subjek2 yg boleh dibaiki… epul pun dah naik pentas ambil Anugerah Dekan masa mlm Dinner Sains Bahan yg baru nie.. bangga aku jadi sahabat diorang..


Rakan seperjuangan yang lain seperti Sepul, Mat Din, Nafi, Farid kekal meneruskan kecermelangan dan gemerlapan diorang dalam pelajaran.. Ramai juga yang nak sambung master dengar ceritanya.. Tajudin plak banyak dah berubah dari segi skill dan penampilan.. dengar cerita nak join Band The Tick tak lama lagi..


Hampir tinggal sebulan je lagi.. lepas nie xtau la bila lagi aku boleh jumpa ngan diorang nie… kalau yang lelaki tue senang skit.. boleh plan gie mana2… tapi mcm member2 pmpuan yg baik ngan aku.. cam riza dengan geng2 dia (ayu, kimah, sal, lia)… tak lupa juga buat dayah yg byk tolong aku masa firsty year… dan ramai lagi member2 lain...I will miss you all^^


Aku harap kenangan yang kita cipta di Sains Bahan akan abadi selama2nya… guys.. Terima Kasih utk segala2nya.. Persahabatan adalah sesuatu yang tidak ternilai.. daku hargai ia.. Daku juga berharap perpisahan ini bukan penghujung utk persahabatan kita.


Diriku, Siraj, Leh, Epul, Bedul



Farid, aku. Bedul, Payied, Epul, Siraj,
yang duduk Tajuddin ngan Rashid


Dinner Sains Bahan 2009


Aksi nakal budak2 Sains Bahan

0 comments:


Make your own Countdown Clocks


Make your own Countdown Clocks