Simibukmuk Jeme Dimiama!!

"Simibukmuk jeme dimiama" tutur diriku kepada insan yang memahamai jiwaku.. sambil berbaring diatas katil tangan kananku menggengam kemas telefon bimbit di telinga ku.. walaupun daku berada didalam posisi yang selesa.. tetapi hatiku masih tidak merasa senang… Rakan sebilikku kelihatan amat tidak senang juga.. Raut wajahnya kelihatan gelisah… berkerut-kerut dahinya cuba memahami setiap kata yang daku lafazkan.. dia semakin gelisah.. mungkin jauh di dalam lubuk hatinya bermonolog sendirian " Apa saja lah bahasa yang roommate aku nie guna.. bahasa orang penan ke?.. itu xda lain tue.. mesti duk mengumpat aku la tue".. mungkin itulah yang berlegar-legar di dalam kotak fikiran rakan sebilikku..


Aku meneruskan tutur " mamanama samayama takmak bemengangmgang… semedapmap-semedapmap jeme dimiama kumutukmuk-kumutukmuk omorangmang"… rintih ku lagi.. malam itu habis semua kemarahan dan emosi yang terbuku kuluahkan.. daku lepas kesemuanya.. Bila mengingatkan perkara yang berlaku pada petang itu diriku hampir hilang sabar dengan rakan sebilikku itu… mujurlah daku mempunyai seorang pendengar yang setia… yang sudi mendengar setiap rintihan dan luahan hatiku tanpa mengenal erti jemu..


Malam itu aku merasa kepuasan.. bukan kerana perbuatanku yang agak tidak elok itu.. tetapi kerana diriku merasa bebas… segala emosi yang terbuku dihati berjaya dilepasakan.. aku merasa lega.. kemarahan ku hilang…. Malam itu daku tidur dengan lenanya…


*Samayama = Saya, *Dimiama=Dia, *takmak=Tak, *Bemengangmgang=Bengang, *Simibukmuk=Sibuk, *Jeme=Je, Mamanama=Mana

Orang Penan
(Salasilah diriku tidak bersangkut paut dengan kaum ini..
Ini benar... Bapaku berketurunan melayu manakala
ibuku mempunyai darah keturunan bugis)


Bukti - Gambar adikku yang tidak seiras
dengan individu diatas

0 comments:


Make your own Countdown Clocks


Make your own Countdown Clocks