Gilo buek questionaire 15 minit

"Gilo buek questionaire 15 minit" Ungkap Payied dengan lantang... seraya itu aku tidak dapat menahan perasaan ku.. aku tertawa kecil.. "hehehehe"… Dr.Jamal yang masih sedang memberikan amanat yang terakhir dihadapan bilik kuliah dengan tidak sengaja ku abaikan seketika.. Diriku tidak mampu utk menahan tsunami tawa ku apabile payied melafazkan kalimah tersebut… mungkin kebiasaanya aku mampu.. tapi tidak pada pagi ini.. pagi ini aku tertewas..


Entah mengapa.. pada pagi ini… aku merasakan kata2nya itu cukup lucu… Payied melafazkan kata2 itu dengan lontaran suara yg bersahaja… Usup diam terkedu apabila payied melafazkan kata2 itu kepadanya.. sementara itu.. Bedul , Rashid dan Epul terpinga2 apabila terdengar suara ku tertawa kecil… Mereka pelik.. apa yang aku tertawakan… Lantas.. dengan berhati-hati (risau perbualan kami berempat di bahagian belakang dewan kuliah diperhatikan oleh Dr jamal) aku menjelaskan kepada mereka… Mereka berkata2 serentak "La, itu pun ko nak gelak… x kelakar pun"..


Aku hanya tersenyum…. Ya… mungkin benar apa yang diperkatakan oleh mereka.. setelah daku berfikir sejenak.. kata2 itu tiada kelakarnya.. "Gilo buek questionaire 15 minit".. tiada apa yang kelakar dengan kata2 itu… tapi cara penyampaian Payied dan lenggok bahasanya yang membuatkan ianya kelakar pada saat dan ketika itu.. Mungkin begitulah jugalah halnya dengan Kertas Kerja (Exsigment) yang dihantar oleh kita semua yang mana telah diulas oleh Dr.Jamal pada pagi ini.. Mungkin ada dikalangan kita yg memperolehi maklumat dan isi dari laman web atau sumber yang sama.. tetapi seharusnya walaupun dengan isi dan sumber yang sama cara penyampaian dan lenggok ayatnya seharusnya berbeza.. Anda setujukan ^-^?

Simibukmuk Jeme Dimiama!!

"Simibukmuk jeme dimiama" tutur diriku kepada insan yang memahamai jiwaku.. sambil berbaring diatas katil tangan kananku menggengam kemas telefon bimbit di telinga ku.. walaupun daku berada didalam posisi yang selesa.. tetapi hatiku masih tidak merasa senang… Rakan sebilikku kelihatan amat tidak senang juga.. Raut wajahnya kelihatan gelisah… berkerut-kerut dahinya cuba memahami setiap kata yang daku lafazkan.. dia semakin gelisah.. mungkin jauh di dalam lubuk hatinya bermonolog sendirian " Apa saja lah bahasa yang roommate aku nie guna.. bahasa orang penan ke?.. itu xda lain tue.. mesti duk mengumpat aku la tue".. mungkin itulah yang berlegar-legar di dalam kotak fikiran rakan sebilikku..


Aku meneruskan tutur " mamanama samayama takmak bemengangmgang… semedapmap-semedapmap jeme dimiama kumutukmuk-kumutukmuk omorangmang"… rintih ku lagi.. malam itu habis semua kemarahan dan emosi yang terbuku kuluahkan.. daku lepas kesemuanya.. Bila mengingatkan perkara yang berlaku pada petang itu diriku hampir hilang sabar dengan rakan sebilikku itu… mujurlah daku mempunyai seorang pendengar yang setia… yang sudi mendengar setiap rintihan dan luahan hatiku tanpa mengenal erti jemu..


Malam itu aku merasa kepuasan.. bukan kerana perbuatanku yang agak tidak elok itu.. tetapi kerana diriku merasa bebas… segala emosi yang terbuku dihati berjaya dilepasakan.. aku merasa lega.. kemarahan ku hilang…. Malam itu daku tidur dengan lenanya…


*Samayama = Saya, *Dimiama=Dia, *takmak=Tak, *Bemengangmgang=Bengang, *Simibukmuk=Sibuk, *Jeme=Je, Mamanama=Mana

Orang Penan
(Salasilah diriku tidak bersangkut paut dengan kaum ini..
Ini benar... Bapaku berketurunan melayu manakala
ibuku mempunyai darah keturunan bugis)


Bukti - Gambar adikku yang tidak seiras
dengan individu diatas

Penghujung…

Pada saat ini... hanya tinggal sebulan sahaja lagi diriku di bumi bangi ini.. insyallah (kalau masalah yang masih melanda proses penghasilan tesis aku dapat diselesaikan.. harap2 dipermudahkan).. selepas ini.. entah kemana daku membawa diri.. masih tidak dapat daku pastikan lagi.. Entah ke timur ka.. ke barat ka… atau ke selatan tanah air… Tapi kalau dilihat dari faktor peluang ekonomi… Penang dan Shah Alam menjadi pilihanku… tetapi itu semuanya rezeki kurniaan allah.. daku sebagai hambanya hanya boleh berusaha dan bermohon…


Material Science.. di sinalah titik mulanya... Pelbagai corak dan catan terukir selama 3 tahun diriku menimba ilmu.. Pelbagai2 kenangan tercipta.. ada yang menarik.. ada yang kurang.. Tak kurang juga dengan persahabatan.. Pelbagai jenis perangai yang aku jumpa.. mcm2 jenis kwn yg aku dpt.. ada yg kaki study.. ada yg jenis ikut2 je.. ada yg memang jenis malas nak strudy… diriku?... mungkin daku boleh diklasifikasikan sebagai golongan pertengahan..


Culture Shock.. mungkin itu sahaja penjelasan yang paling sesuai daku boleh fikirkan.. berbuih juga mulut aku nak jawab dgn abah masa tue.. hehe.. teruk2… aku ingat lagi waktu itu.. semasa diawal bulan semester kedua (first year)... kami beramai2 buat rombongan percuma jumpa Prof Sahrim (ketua program Sains Bahan pada masa tue.. la nie beliau dah jadi Timbalan Dekan dah).. Tekejut juga beliau masa tue tgk budak2 nie berpusu-pusu ke bilik dia… habis semua kena bancuh waktu tue.. Malu pun ada.. senior2 ckp waktu first sem la senang nak skor… ini tidak.. semua hancur… bawah 3 pointer semuanya.. wakaka… kelakar tul kalau ingat masa tue… Tapi Alhamdulillah… Budak2 Sains Bahan memeng belajar daripada kesilapan.. Mungkin pada masu tue kami semua masih xda kesedaran... Waktu tue subjek Pegurusan Kualiti pun xambil lagi jadi mungkin kami xkenal lagi istilah "Do It Rite At The First Time".. haha... Tapi lepas peristiwa bersejarah tue banyak sgt peningkatan dapat diperhatikan pada budak2 Sains Bahan.. buktinya statistik dan graf yang dikeluarkan pada thn 2007 utk Peperiksaan Akhir Semester 2- Sesi 2006/2007 menunjukkan kenaikan yang mendadak terhadap pungutan pointer bagi para pelajar Sains Bahan (Bedul et al, 2008).. Leh ngan Payied pun byk dah berubah.. Rashid hampir2 dpt dekan setelah memperbaiki subjek2 yg boleh dibaiki… epul pun dah naik pentas ambil Anugerah Dekan masa mlm Dinner Sains Bahan yg baru nie.. bangga aku jadi sahabat diorang..


Rakan seperjuangan yang lain seperti Sepul, Mat Din, Nafi, Farid kekal meneruskan kecermelangan dan gemerlapan diorang dalam pelajaran.. Ramai juga yang nak sambung master dengar ceritanya.. Tajudin plak banyak dah berubah dari segi skill dan penampilan.. dengar cerita nak join Band The Tick tak lama lagi..


Hampir tinggal sebulan je lagi.. lepas nie xtau la bila lagi aku boleh jumpa ngan diorang nie… kalau yang lelaki tue senang skit.. boleh plan gie mana2… tapi mcm member2 pmpuan yg baik ngan aku.. cam riza dengan geng2 dia (ayu, kimah, sal, lia)… tak lupa juga buat dayah yg byk tolong aku masa firsty year… dan ramai lagi member2 lain...I will miss you all^^


Aku harap kenangan yang kita cipta di Sains Bahan akan abadi selama2nya… guys.. Terima Kasih utk segala2nya.. Persahabatan adalah sesuatu yang tidak ternilai.. daku hargai ia.. Daku juga berharap perpisahan ini bukan penghujung utk persahabatan kita.


Diriku, Siraj, Leh, Epul, Bedul



Farid, aku. Bedul, Payied, Epul, Siraj,
yang duduk Tajuddin ngan Rashid


Dinner Sains Bahan 2009


Aksi nakal budak2 Sains Bahan

Fairy Tales- Online


Pada suatu hari ketika perjalanan pulang dari sekolah..
saya berlari-lari keriangan untuk pulang ke rumah


Sambil itu.. saya menghiburkan diri dengan mendendangkan
lagu Berlari Ke Awan dari band yang sedang meningkat naik - The Tick


Tiba-tiba langkah saya terhenti.. saya tergamam..
dihadapan saya, kelihatan sekumpulan serigala liar
sedang berkeliaran.. Serigala2 itu kelihatan amat kelaparan

Belum sempat lagi kejutan yang saya alami reda.. tiba2
salah seekor dari
kumpulan serigala tersebut berlari laju
ke arah saya.. saya mengatur langkah
seribu..
saya merasa amat ketakutan.. saya menjerit
meminta pertolongan



Nasib saya agak baik pada ketika itu.. kebetulan terdapat seorang
brader yang sedang bersantai di tempat kejadian.. dengan segera
brader tersebut memberikan pertolongan..


Setelah berlaku pertempuran yang agat sengit... dengan bermacam2
jurus yang dikeluarkan.. akhirnya serigala itu berjaya dikalahkan..


Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada brader yang telah
menyelamatkan saya.. Saya bersyukur saya terselamat dari tragedi itu





Cerita dongeng @ cerita kanak-kanak.. Hm.. tentu sahaja rakan-rakan sekalian tertanya-tanya kenapa Penglipur Malam membawakan cerita serba keanak-anakan ini ke dalam blog ini.. Ya.. terlalu keanak-anakan.. Tapi tentu sekali dikala dahulu rakan2 sekalian juga mempunyai cerita dongeng @ cerita kanak-kanak yang diminatikan??... Ya cerita ini agak keanak-anakan.. tetapi cerita yang agak mudah dah tampak murah ini tidak dapat dinafikan penuh sarat dengan nilai2 murni..

Masihkah rakan2 sekalian ingat lagi.. dikala kecil-kecil dahulu.. Setiap kali sebelum tidur.. ibu atau bapa akan membacakan cerita-cerita ringan seperti ini untuk kalian.. Cerita yang ringkas.. tetapi sentiasa menarik minat kita untuk mendengarnya.. Walaupun ringkas tetapi padat dengan mesej.. Lihat sahaja cerita keanak-anakan diatas.. berapa bilangan mesej dan nilai2 murni yang rakan2 sekalian boleh senaraikan??.. Banyakkan ^^..

Sebenarnya tujuan Penglipur Malam memuatkan post ini adalah untuk kita sama2 mengenang kembali nilai2 murni yang pernah dan telah di didik oleh ibu bapa kita.. Semakin kita meningkat dewasa tanpa kita sedar terdapat nilai2 murni yng telah di didik sejak kecil oleh ibu bapa kita telah kita lupakan... Mungkin kita merasakan diri kita sudah cukup dewasa.. ataupun.. mungkin keadaan yang menyebabkan kita lupa.. Mungkin benar kata2 Che Det @ Dr M "Melayu Mudah Lupa"... Marilah kita sama-sama berfikir kembali... Muhasabah diri^^


Bukan Fieldwork..

Aku memang bukanlah seorang pelajar yang suka pergi buat fieldwork.. bukan sebab diriku elergic dengan nyamuk (aku memang anak desa).. ataupun aku malas untuk bergerak menyusuri padang-padang lalang dan hutan... Tetapi... oleh kerana masanya yang tidak kena... dengan experiment yang masih tergendala.. dan seterusnya menyebabkan terbantutnya proses penulisan tesis aku... aku merasa terlalu rungsing.. oleh sebab itulah terjadinya permohonan bersebab untuk tidak mengikuti fieldwork (bukan penipuan!!) secara berjemaah bersama dengan beberapa orang rakan2 seangkatanku.. mungkin mereka juga merasakan tekanan seperti diriku..

Bukan aku takut nak masuk hutan.. aku suka akan alam semulajadi.. tanya sajalah rakan2 sepermainanku di kampung halaman.. tanya saja Shahir, C-dot, Deq-are, Lan, Wan, Epoy.. sapa lagi.. korang boleh tanya K.I, Sopi.. lagi Mawi.. Eh silap.. dia bukan kawan aku tapi dia idola awek aku.... aku memang suka sgt kalau bab2 camping nie... Pantang je ada masa cuti.. aku mesti organise something.. aku mesti akan ajak member2 aku nie pie mana2.. xkisah la... pie balik hari kaa.... kadang2 tidur 1-2 malam... mesti ada punya... Jadi amat tidak tepat sama sekali la kalau ada individu tue cakap aku nie jenis takut masuk hutan.. amat tidak tepat sekali..

Tapi sejak tahun 2009 nie... aku susah dah nak ajak member2 kampung aku nie pie camping mana2... masing2 dah bawa haluan sendiri.. ada yang dah keje... ada yang sambung belajar.. ada yang dah nak kahwin.. kalau ada masa cuti pun x sama.. susah nak jumpa dah.. hanya gambar-gambar dan kenangan je la yang masih aku simpan lagi waktu camping dengan member2 aku nie.. aku harap sangat nanti kami semua akan berkumpul lagi... khas utk member2ku.. kalau korang baca post aku nie.. contact2 la aku yer^^.. miss you all ( aku bkn gay)..

Pemandangan Senja di Teluk Senangin


Sampai2 terus setting khemah..


Cahaya Persahabatan


Anak-anak Felcra


Main2 Pasir


Diriku dan rakan-rakan



Balik dari Teluk Senangin singgah sebentar
ke Pelabuhan Lumut

DIA....

Dah lama dah.. dah lama sangat aku memendam rasa nie… aku teringin sangat.. teringat sangat nak sentuh dia… nak belai dia… tapi.. apakan daya… aku ingat lagi masa aku masih comel-comel dulu.. semasa aku masih anak-anak kecil… aku mula mengenali dia sejak di tadika lagi.. kali pertama aku melihatnya aku terus terpegun.. kagum… comelnya… berkenan aku pandang dia.. namun pada masa tue pandangan comel dariku kepadanya langsung tidak berbalas… aku sedar… aku tahun tiada guna aku terus memandangnya lebih lama… tapi… jauh dilubuk hatiku… aku masih menyimpan rasa…. Suatu hari nanti.. nanti lah…


Aku ingat lagi.. pada suatu hari.. ketika aku sedang bersenang lenang di ruang tamu.. lagi sekali wajah comelnya muncul dihadapan mataku… perasaan yang selama ini membuku bergelora kembali… pandangan aku padanya masih sama.. comelnya dia… lantas aku bergegas ke ruang dapur mendapatkan ibuku yang sedang sibuk menyediakan juadah untuk makan tengah hari… aku menarik lengan ibuku sambil berkata “ ibu… ibu boleh tak nanti ibu bawa along pergi jumpa dia”.. along minat sgt kat dia ibu.. comel sangat”.. lantas ibuku berkata “ Ia along.. nanti ibu suruh abah bawa along ye”.. aku merasa terlalu gembira ketika itu… perasan yang terlalu gembira.. aku melonjak-lonjak keriangan.. hari berganti hari.. bulan berganti bulan… hari yang aku nanti masih tidak kunjung tiba… aku merungut sendirian .. “hm, bila agaknya abah nak bawa along nie… dah dekat setahun dah xda pun”… aku semakin rindu akan dia… akhirnya aku akur… aku sedar.. apakan daya.. sewaktu itu taraf kehidupan keluargaku bukan lah sepeti sekarang.... sewaktu itu abah hanya memiliki gaji yang kecil sebagai pekerja ladang.. berapa lah sangat wang hasil penat lelah abah ketika itu… aku simpan saja perasaan aku itu dalam2… jauh ke dalam lubuk hati ku.. sedalam jurang marina…



Hari berganti hari… musim berubah musim.. aku sudah meningkat dewasa.. kini taraf kehidupan keluarga ku juga telah berubuah.. abah bukan lagi buruh ladang.. kehidupan kami berubah.. kini, aku dan teman-teman sering melancong setiap kali ada kelapangan.. sehingga lah pada suatu hari.. ketika perjalanan pulang kami dari Teluk Senangin, sebuah pantai peranginan yang cukup indah di tanah air kelahiran ku… kami singgah sebentar ke pelabuhan Lumut untuk memerhatikan pemandangan matahari tenggelam di waktu senja… dan tiba-tiba.. aku tersentak… kini wajah comel dia berada dihadapanku… pandangan aku terhadapnya masih tetap sama.. wah!!! Comelnya dia…


Akhirnya kini.. aku dapat bersua juga dgn dia.. aku dapat sentuh juga dia.. YES!! ( walaupun mungkin bkn dalam bentuk yang aku idamkan dulu)…. Aku masih tetap gembira ^^… oh!!... comelnya DIA...




Gambar diriku dengan dia... Bestnya!!





K.I (bukan nama sebenar) beraksi dengan dia

WAKTU DAHULU

Ketika daku sendiri.. melegakan leleh setelah penat seharian... Kenangan kita bersama kembali menjelma... daku kembali mengimbau dikala dahulu.. Daku dan kamu tika bersama.. pelbagai perkara yang dikongsi.. berkongsi cerita.. gelak ketawa.. suka duka.. Oh, daku rindu!!... rindu mengenang memori lalu.. Pernah suatu masa.. ketika kita masih anak-anak kecil.. tika sang hati masih putih suci.. masih mentah untuk menilai mahupun mengerti bait-bait dan erti setiap kata.. Ketika kita bergurau senda... tanpa diduga.. dikau terlepas kata.. mengungkapkan madah yang tidak sepatutnya.. Daku masih ingat ketika itu.. Dikau berlari-lari sekeliling rumah.. Bonda mengejar dikau sambil menggengam sebiji cili ditangan kanannya.. Masih terngiang lagi tutur bonda "Nanti kau Angah!! Nanti kau!!"... daku tersenyum sendiri... Oh!! Daku rindu waktu dahulu...

Kenangan lalu mengimbau lagi.... Masih segar diingatanku.. tika itu... mungkin diriku juga masih tidak benar-benar matang.. Masih mentah dan lemah akal fikiran... pernah daku berselisih faham dengan dirimu... ketika itu dalam benakku.. melimpah segala rasa yang xsepatutnya.. Oh!! daku benci!!.. daku geram!!.. segala emosi menyelubungi diri.. Dari pandanganku... pasti dikau juga berasa begitu..

Masih segar difikiranku.. ketika bonda berkata... hargailah setiap waktu dan ketika.. ketika kita semua masih serumpun.. masih tidak bercambah ke padang lapang.. melebarkan dahan dan daun.. masih berkumpul bersama.. kenanglah.. kerna ketika sampai saat dan ketika.. setiap putik akan terbang jua.. terbang bebas ke alam baru.. tumbuh segar dan mekar..

Kini.............

Daku akui kesemua tutur kata bonda.. setiap madahnya benar belaka... lahir dari hati dan naluri keibunya.. Oh!!.. Daku rindu.. rindu dengan WAKTU DAHULU


Along, Ila, Atira


Make your own Countdown Clocks


Make your own Countdown Clocks